Monday, March 8, 2010

Umno terus bertelagah sesama sendiri royalti minyak

alangkah indahnya kalau Malaysia hari ini dirumpunkan dengan cina,india dan melayu yang aman.Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita teguh semacam dengan satu perkataan yang tepat iaitu "Berpakat".

Berpakat membawa berkat sebab itulah hari ini Keadilan berpakat menubuh satu pakatan.
pakatan rakyat yang membawa berkat.

isu tuntutan 5 peratus royalti minyak yang sedang diusahakan oleh kerajaan Kelantan kini benar-benar telah meletakkan Umno dalam keadaan tidak sekata dan berbalah sama sendiri. Apakah pertelanggahan ini menunjukkan kebenaran berhubung tuntuntan itu berada di pihak PAS?

sikap tidak sekata ini terdedah secara nyata dan meluas ketika sidag DUN Kelatan isnin lalu. Usul yang dikemukakan untuk memberi mandat kpd MKK membawa kes itu ke mahkamah dan disokong oleh ADUN BN.

percanggahan atau sikap sorong tarik Umno mengenai isu bukan saja dalam Dewan tetapi di luar juga. Naib Presiden Umno,Hishamuddin Hussein terlah bercanggah pendapat dalam isu berkenaan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Hishammuddin melahirkan rasa kesal dengan tindakan Adun Umno itu yang menyokong usul supaya kes tuntuntan itu dibawa ke mahkamah. Katanya, Adun Umno tidak patut menyokong usul itu kerana kerajaan pusat sudah menetapkan royalti itu digantika dengan wang ehsan. Kemarahan Hishammuddin atas tindakan enam Adun itu terserlah apabila menyebut akan mengambil tindakan ke atas mereka.

Hishammuddin berkata "kita akan mengambil tindakan ke atas mereka dan akan minta pandangan dan akan minta pandangan ahl bawahan untuk selesai kedudukan mereka yang menimbulkan isu sensasi (royalti minyak),"demikian beliau dipetik.

Pandangan Hishammuddin itu bagaimana pun disanggah hina oleh KJ yang menyokong isu itu dibawa ke mahkamah. Kata KJ langkah membawa isu itu ke mahkamah adalah paling baik memandangkan ia menimbulkan keraguan dari segi tafsiran. Menurutnya pemuda faham isu ini dari A to Z yang mana mereka bersependapat dengan kerjaan pusat iaitu akta Pembangunan Petroleum 1974 hendaklah dibaca bersekali dengan Ordinal Darurat dalam mentafsir isu royalti minyak itu.

Puncak berfikir : apakah sikap dan pendirian Khairy ini menggambarkan sikap Pemuda Umno seluruhnya? Kalaulah ini jawapannya. Jelas bahawa Pemuda Umno tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi Umno termasuk salah seorang Naib Presidennya. Ibarat anak tidak mengaku ayah..inikah yang dikatakan 1Malaysia Pak Jib oit..nampaknya tiang Umno dah retak seribu dan menanti ranap berdebu.

No comments:

Post a Comment