Saturday, March 6, 2010

Kacau Bilau Saudara Umno

Pemuda dan Wanita MCA semalam menolak keputusan Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu yang mengarahkan mereka untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini seperti dijadualkan.

Keputusan itu dibuat kedua-dua sayap berkenaan dalam mesyuarat tergempar CC masing-masing lewat petang semalam, iaitu kira-kira sejam selepas mesyuarat CC pusat dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat memutuskan AGM ke-56 parti itu akan tetap diadakan hari ini (Pemuda dan Wanita) dan esok (badan induk).
Sebagai tanda protes terhadap keputusan itu, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun juga bertindak keluar daripada mesyuarat berkenaan.

Wee dan Chew kemudian memanggil mesyuarat tergempar CC Pemuda dan Wanita serta memutuskan AGM kedua-dua sayap ditangguhkan seperti diputuskan dalam mesyuarat exco masing-masing pada sebelah pagi.

Mesyuarat exco kedua-dua sayap itu memutuskan AGM yang dijadualkan hari ini ditangguhkan untuk memberi peluang peralihan bagi pemilihan semula anggota CC, berikutan peletakan jawatan 21 daripada 31 daripada mereka, kelmarin.

No comments:

Post a Comment