Wednesday, May 19, 2010

Coretan BN sibu

Pakatan Rakyat menerusi DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu.

Calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menerima 18,845 undi.

Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi.

Calon Bebas hilang deposit.

Jumlah undi rosak pula sebanyak 395.

lihat di sini: http://bit.ly/b8adGt

Apabila 110 daripada 111 saluran selesai dikira, DAP mencatatkan majoriti 2,651 dengan menerima 18,775 undi manakala BN pula 16,124 undi dan calon Bebas 196.

Bagaimanapun majoriti besar DAP itu merosot kepada sekitar 398 undi selepas undi pos dikira.

Undi pos, yang lazimnya diumumkan awal iaitu sebagai saluran pertama, hanya selesai dikira sekitar pukul 10 malam dan terakhir sekali diketahui.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-11 selepas 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang pertama bagi DAP.

Kejayaan DAP ini, yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat, dilihat signifikan bagi mereka selepas BN pula merampas kerusi Hulu Selangor daripada PKR tiga minggu lalu.

Ia juga dilihat akan memberi sokongan moral kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.

Wong, juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak, tiba di pusat perjumlahan undi bersama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang awalnya dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel di sini telah membatalkan pertemuan dengan wartawan itu.

Pengumuman keputusan pilihan raya kecil ini yang agak dramatik juga menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permintaan BN supaya kertas undi dikira semula, tetapi ditolak.

Proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu ini berlangsung di Dewan Suarah di sini dan berlarutan sehingga 11 malam tadi - lewat dua jam daripada dijangkakan SPR sebelum ini.

Keadaan di pusat penjumlahan undi adalah tenang dengan penyokong parti

berkumpul sekitar dewan walaupun hujan sejak dua jam lepas.

Terdahulu keputusan tidak rasmi mendapati wakil DAP itu berada di depan selepas lebih 30 peratus saluran selesai dikira.

Sebelum itu calon BN pula mendahului DAP.

Pada satu ketika DAP mendahului BN dengan majoriti lebih 3,000 undi tetapi kedudukan itu berubah selepas undi pos mula dikira.

DAP mencatatkan kemenangan ini ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi yang rendah 59.86 peratus berbanding 67.8 peratus dua tahun lalu.

Dua tahun lalu, BN mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan 3,235 undi dalam persaingan tiga penjuru membabitkan DAP dan PKR.

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi sejak pukul 8 pagi tadi untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu selepas tempoh berkempen selama seminggu.

Sementara 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis, mengundi pada Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Sebanyak 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Sebanyak 10 pusat pengundian ditutup 1 tengah hari, lima lagi sejam kemudian, enam (3 petang), dua (pukul 4 petang) dan baki 22 pada pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal pada 9 April.M/I
------------------------------------------------------------------------------------

Kalah di Sibu, mimpi ngeri BN!

Kemenangan DAP menumpaskan calon BN di PRK Parlimen Sibu merupakan satu mimpi ngeri bagi PM DS Najib Tun Razak dan TPM TS Muhyiddin Yassin.

Ia satu tamparan memalukan kerana seluruh jentera BN turun padang untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi BN pada pru 12 2008 lepas. Hanya lebih sedikit daripada dua tahun kerusi itu berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat (DAP).


Gelak sorai kemenangan PRK Hulu Selangor nampaknya tidak berpanjangan.

DAP tidak menaruh harapan besar untuk memenangi kerusi Sibu memandangkan bertanding di kawasan yang dikuasai BN. Taburan janji dan projek umpama mee segera oleh Najib dan Muhyiddin ternyata disantap dengan baik oleh pengundi SIBU, dan keadaan ini menakutkan pemimpin veteran DAP LKS yang mengatakan harapan tipis.

Namun jelas umpan dimakan, ikan tak lekat. Apakah mungkin dendam BN membara pada penduduk SIBU ?

Apapun yang jelasnya hanya 60 peratus yang keluar mengundi. Satu angka peratusan yang amat rendah bagi satu pilihan raya kecil. Secara am, ia menunjukkan bahawa mereka memprotes dengan tidak keluar mengundi.

Kemenangan DAP adalah satu mimpi ngeri kepada BN, akan menakutkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Ia membuktikan bahawa rakyat sebenarnya belum mengubah pendiriannya terhadap Pakatan Rakyat sejak pru 12. Mereka sekadar menyimpan kuku.

Persepsi rakyat berketurunan Cina terhadap sikap Umno tersangat kritikal. Mereka telah dapat membandingkannya dengan peranan dan pendirian PAS. Mereka telah dapat menerima PAS meskipun dilemparkan oleh UBN dengan pelbagai kecaman.

Senjata telah mula memakan diri. Pendekatan Umno melalui Perkasa juga mulai menikam diri. Padah kerana sikap Umno sendiri yang menyakini bahawa Umno itu adalah dominan.

Ringkasnya pada pru mendatang nanti... di mana jua Umno bertanding ... Umno akan berhadapan dengan masalah besar apabila sesuatu kawasan itu mempunyai 30-40 peratus pengundi bukan Melayu.

Apatah lagi jika jumlahnya melebihi anggaran itu. Yang kuat dan nampak kuat dalam BN kini hanyalah Umno, manakala komponen-komponennya sekadar menumpang kekuatan Umno itu sendiri.

Seandainya Umno rebah, maka akan rebahlah seluruh BN. Sesungguhnya BN telah rebah di Sibu. Rebah yang tidak akan kebah.

plus tol kan Malaysia

Tulang Besi bercadang mendedahkan bagaimana Dr. Mahathir serta UMNO hampir membankrapkan Malaysia. Dalam keadaan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi serta tinggi bilangan tenaga mahir, rakyat Malaysia majoriti masih hidup dalam kesempitan dan kesakitan. Kos hidup semakin tinggi dan tahap pendapatan rakyat Malaysia masih di takuk lama.

Gaji Siswazah baru keluar universiti secara purata RM1200 atau mengikut kajian yang lain, tidak mencecah RM2000. Padahal, kos hidup naik setiap tahun. Sepatutnya, gaji siswazah baru tamat pengajian berada di julat RM3500-4000.

Ini bererti bagi setiap siswazah, yang juga terpaksa membayar hutang SPN, mereka akan hidup di bawah kos hidup sepanjang hayat pekerjaan mereka. Kemungkinan besar mereka akan pencen dalam keadaan menanggung hutang ataupun wang EPF mereka terpaksa digunakan membayar hutang-hutang mereka. Hasilnya mereka terpaksa bekerja lagi apabila mereka bersara.

Dengan kata lain, nasib pekerja-pekerja di Malaysia adalah mereka terpaksa bekerja sampailah ke lubang kubur.

Artikel di bawah ini adalah cebisan kisah kenapa perkara ini berlaku.

BERMULA

Di dalam kebijaksanaan Dr Mahathir dan Daim Zainuddin menjaga dan mentadbir kewangan UMNO, tiba-tiba UMNO telah berhutang dengan banyak sekali. Sehingga PWTC hampir dilelong kerana pinjaman yang diambil UMNO tidak dibayar.

Pada tahun 1988, hutang UMNO kepada bank bagi projek PWTC adalah hampir RM300 juta (Bank Bumiputra) dan RM86 juta (bank lain). Bunga pinjaman sahaja berjumlah RM60k sehari.

Maka, kerajaan pada masa itu yang dipimpin Mahathir telah mengeluarkan tender Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tender tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir bankrap dan telahpun dibuang dari Bursa Saham Singapura. Syarikat tersebut bernama “United Engineers Malaysia (UEM)”.

Rupanya, apabila Samy Vellu ditekan dalam Parlimen, maka Samy telah mendedahkan siapa yang memegang saham dalam UEM. Samy mendedahkan bahawa UEM sebenarnya dipunyai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd”. (Raphael Pura and Stephen Duthie, “Malaysian Court Allows Highway Award: Government Can Give Rich Project to Firm Owned by Ruling Party”, AWSJ, 18 January 1988)

Samy Tol juga memberi pengesahan bahawa Pemegang Amanah dalam Hatibudi ini adalah Mahathir Mohamad, Ghaffar Baba, Daim Zainuddin and Sanusi Junid. Kesemuanya pada masa itu duduk dalam kabinet sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian.

Keempat-empat pemegang amanah syarikat UMNO ini adalah juga Ahli Kabinet Malaysia pada masa itu. Dan kabinet yang sama telah membuat keputusan memberi konsesi lebuhraya Utara Selatan kepada UEM yang dipunyai UMNO.

Maka, secara otomatik, rakyat Malaysia keseluruhannya terpaksa membayar tol yang semakin lama semakin tinggi kerana mahu menyelamatkan PWTC dari dilelong.

Tak heranlah apabila Najib Tun Razak sendiri telah mengakui:

”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO

JUMLAH KONSESSI PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Harus diingat bahawa konsessi yang telah diberi pada UEM ini dirancangkan supaya memberi keuntungan kepada UEM di dalam jumlah RM17 billion mengikut UEM. Tapi mengikut beberapa tokoh pembangkang jumlah konsessi untuk 30 tahun ini mencecah RM54 billion. Ini tidak termasuk pinjaman bebas bunga yang diberikan kepada UEM berjumlah RM1.65 billion dari Kerajaan Malaysia sewaktu konsessi ini mula-mula diberikan kepada UEM/UMNO.

Bayangkan, bukan sahaja UMNO dapat membayar hutang mereka kepada Bank Bumiputra untuk menebus bangunan mereka, mereka juga dapat membuat wang yang begitu banyak untuk kegunaan mereka.

Dan siapa yang sakit? Rakyat Malaysia yang sakit. Jadilah kita semua rakyat Malaysia hamba kepada UMNO dan alat mengkayakan beberapa suku sakat pimpinan UMNO

JASA KIT SIANG DAN KARPAL

Kit Siang dan Karpal telah membawa kes ini ke mahkamah. Mereka telah cuba menghalang pemeberian konsesi Lebuhraya ini kepada UEM kerana jelas ianya satu bentuk korupsi. Malangnya, Mahkamah telah menolak permohonan mereka berdua.

Mahazalim, dengan marah, telah memberi beberapa respon:

a.Menangkap Karpal dan Kit Siang di bawah ISA sewaktu Operasi Lalang
b.Meluluskan Akta Rahsia Rasmi menjadikan semua dokumentasi urusniaga
penswastaan Rahsia Rasmi dan memberi sepenuh kebebasan kepada UMNO untuk
merompak negara
c. Mencepatkan pemecatan Tun Salleh Abas dan hakim2 lain yang dilihat oleh Mahazalim
sebagai penghalang kepada ketamakan UMNO dan BArisan Nasional
d. Menghancurkan Institusi Kehakiman di Malaysia
e. Membiak budaya korupsi dan politik wang.

Perkara a. sehingga e. adalah jasa Mahazalim dan Daim yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Selain dari menjadikan rakyat Malaysia hamba kepada ketamakan Daim dan kroni2 UMNO, kita juga terpaksa menanggung kos korupsi dan gaji yang tidak naik.

Pada waktu yang sama, banyak kepentingan rakyat dihentikan i.e. biasiswa dsbnya. Orang kaya dilindung, orang miskin ditindas di Malaysia.

Apabila wang minyak nanti habis, terpaksa lah perempuan2 di Malaysia melacur semata-mata mahu membeli makanan untuk keluarga mereka, seperti di Indonesia. Nauzubillah min Zalik.

Tulang Besi

bangkitlah melayu!!!kita bangsa berdaulat

Dalam banyak pihak yang masih belum kebah lagi dengan kekalahan BN di pilihanraya Sibu , cakap-cakap bahwa retorik menipu UMNO yang nasib Melayu terancam dan sebagainya sudah tidak diendah dan dipercayai lagi oleh orang Melayu , baik di semenanjung hinggalah Melayu Melanau di Sarawak !!

Dan disebabkan 'terancamnya' nasib Melayu , maka muncullah segerombolan pejuang Melayu yang ketuanya pernah ditaja oleh seorang tokey judi dalam syarikat air-cond yang baru sahaja mendapat RM 536 Juta hasil penjualan syer dalam Ascot Sport yang baru diberi lesen judi oleh Najib Pemimpin Melayu terulung!!

Yang dapat RM 536 Juta ni bukan gerombolan pejuang Melayu ni , yang dapat kekayaan tu Vincent Tan !!!

Melayu yang selalu menjerit-jerit, membakar atau memijak gambar dan mem'butoh'kan makcik Melayu kerani depan Tropicana ni mungkin mendapat upah beberapa keping not RM 50 !!!

Oh !!!! Alangkah dangkalnya mainan politik Melayu !!!

Anak-anak Muda ini menjadi bebal , dicatur oleh satu dua kerat Pemimpin mereka yang mendapat imbuhan dari Cukong Cina !!!

Tetapi nasib Anak-anak Melayu-melayu gerombolan ini juga pun turut dihimpit dengan Dasar BN yang menekan Melayu dengan pelbagai pembaziran wang rakyat!!!

Gerombolan ini menggelar diri mereka PERKASA!!!

Mungkin Melayu PERKASA ini pun turut mengeluh kerana BN naikkan harga minyak , BN mahukan cukai GST dan pelbagai cukai yang mana wang cukai ini tidak dikembalikan kepada Melayu , tetapi kepada duit shopping bini Razak Baginda !!! kah kah kah

Melayu tidak mahu lagi dijaja dengan retorik palsu UMNO lagi.

Melayu mahu minyak petrol tak naik.

Melayu mahu harga barang tak naik.

Melayu tidak mahu ditpu dengan tak pasal-pasal gula takde di pasar.

Ini taktik Cukong dan Pemain Politik UMNO nak kayakan diri dengan menaikkan harga gula untuk rakyat.

Melayu mahu air percuma.

Melayu tak mahu cukai mengarut macam GST.

Melayu tidak mahu bebanan dengan bayaran-bayaran yang pihak Sekolah mintak untuk anak ke sekolah.

Duit habis beribu-ribu juta buat projek mengarut boleh , Sekolah-sekolah nak mintak Kementerian subsidi bayar bil air dan letrik tak boleh.

Habih tu duit kerajaan , BN buat apa ? Buat beli handbag bini Razak Baginda ? kah kah kah kah

Tak ke mengarut tu ?

Anak Melayu nak ada peluang pekerjaan.

Anak Melayu nak mutu pendidikan bukan level pendidikan putu mayam.

Supaya anak Melayu tak jadi bebal dan bengap menjerit 'Ketuanan Melayu' dan membakar gambar dan membutohkan makcik kerani Melayu !!

Tetapi gerombolan anak Melayu PERKASA ini sebenarnya bengap sehingga tidak tahu yang Ketua mereka ditaja Cukong Cina !!!! kah kah kah

Inilah komedi politik Melayu yang dimainkan pemain politik UMNO BN dan PERKASA !!!!



Maksud Kuasa Politik Melayu itu bukan lagi sebagaimana yang dicanang oleh Pemain Politik Tua UMNO lagi.

Jangan bodohkan Melayu dengan cerita hantu dan tahyul tentang Perjuangan untuk Melayu kau itu lagi !!!

Itu hanya dadah yang kau suntik pada orang Melayu supaya ;

KAU YANG KUNUNNYA PEJUANG MELAYU BOLEH BERSEKONGKOL DENGAN CUKONG DAN TOKEH JUDI UNTUK MEMPERKAYA KAN DIRI KAU !!!!

KAU JUAL HARGA PERJUANGAN UNTUK MELAYU KAU SUPAYA KAU BOLEH MENIPU MELAYU !!!!

ANAK MUDA HARUS BANGKIT TUMBANGKAN UMNO DAN BN !!!!

DUNIA INI MILIK ORANG MUDA !!!!

Thursday, May 13, 2010

The Prince : Machiavelli ikutan UMNO

Setiap pemain politik pimpinan UMNO dalam keadaan sedar atau tidak sedang mengamal faham politik Machiavelli.Kalau bahasa yang selalu diguna adalah hipokrit atau munafek.Tapi dalam perbincangan yang lebih mendalam , bab 18 The Prince mengupas dan mengesahkan bahwa ini merupakan satu teknik berpolitik yang sangat berkesan oleh UMNO dalam menipu orang Melayu.

Machiavelli mengatakan dalam perenggan 3 : Bab 18 bahwa "atas sebab itu maka tidak semestinya seorang pemimpin itu harus memiliki semua kualiti yang saya nyatakan satu persatu tadi tetapi sangat perlu untuk menampakkan bahwa (pemimpin itu) memiliki kualiti itu...........untuk kelihatan pemaaf , taat , berperikemanusiaan beragama dan untuk kelihatan begitu , tetapi dalam keadaan corak pemikiran yang apabila kamu diperlukan untuk tidak jadi begitu ( kualiti ) itu , anda mampu dan tahu bagaimana untuk bertukar menjadi sebaliknya "

Baik , ini contoh Pemain Politik UMNO menggunakan perenggan 3 Bab 18 Machiavelli :

1.Najib adalah Presiden UMNO yang akan mempertahankan Agama , Bangsa dan Negara. (kualiti yang cuba ditunjuk)

1.Najib adalah Presiden UMNO yang pertahan Agama dan juga memberi lesen Judi Piala Dunia kepada Taukeh Judi Vincent Tan.(realiti)



2.Najib adalah Pemimpin yang membawa imej 1 Malaysia untuk kesepaduan semua kaum.(kualiti yang cuba ditunjuk)

2.Najib juga adalah pencatur utama untuk kewujudan PERKASA Ibrahim Ali.(realiti)



3.Najib adalah Pemimpin UMNO yang Pro Dasar Membantu Melayu seperti DEB (kualiti yang cuba ditunjuk)

3.Najib adalah Pemimpin UMNO pertama yang MENGHENTIKAN DEB dan diganti dengan New Economic Model dan liberalisasi (realiti)



4.Najib adalah Pemimpin UMNO yang Pro Melayu dan membenci Yahudi Israel.(kualiti yang cuba ditunjuk)

4.Najib adalah Pemimpin UMNO pertama yang melantik Yahudi Israel sebagai penasehat komunikasi negara.(realiti)



Cukup dulu setakat ini.

Sunday, May 2, 2010

INI LAH KEGAGALAN 2KEMENTERIAN 1MENTERI

Keris melayu longlai memecah kebuntuan politik melayu Umno dengan LAUANGAN PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU DIBUMI MERRRRRRRRRRRDERKA INI!!!!

sedang berteriak si menteri yang sedang 'berpeluh' ini..terdapat lebih daripada ribuan rakyat Britain dan Jepun mentertawakan boneka Umno ini.

Britain dan Jepun : politik di MALAYSIA sangat mementingkan kekauman..

Timbalan Presiden : ini bumi berdaulat..pertahankan ketuan Melayu!!!





Britain dan Jepun : Melayu bersenjatakan keris..hebat..hebat.hebat..

TImbalana Presiden : Keris ini lambang janji saya pertahankan Melayu dibumi asal ini.

Britain dan Jepun : kenapa!!!kamu mempertahankan Melayu

sampung orang cina : pekan cina dimana2 sahaja. "kitab kamu ada menyebut-carilah ilmu hingga ke Cina"

Timbalan Presiden : ini lah perjuang dan janji saya..tidak melayu hilang di dunia.

Britain dan Jepun : - adakah melayu pencipta Telepon

- adakah melayu adik-beradik nya mencipta Kapal Terbang

- adakah melayu pencipta mesin2 yang melayu guna pakai!!!

- adakah melayu menjadi penemu virus H1N1 yang dikesan di Tanah Melayu ini!!!

- adakah melayu menjadi pembina masjid dan putrajaya di Tanah Melayu ini!!!

Timbalan Presiden : adoyai berpeluh aku

Bratain dan Jepun : kami tidak habis lagi!!! menteri, timbalan presiden, ketua pemuda!!!mana yang tidak minum arak!!!anak Mantan Perdana Menteri mana tak kaya jual arak!!!..ini politik baru!!!

Perdana Menteri :WE...ARE 1MALAYSIA PEOPLE FIRST PERFOMANCE NOW!!!

ISRAEL & BORAC : yes Najib..u right..correct..correct..correct...

Timbalan Presiden : hantar IGP..(menteri duduk dalam bilik sejuk ilangkan peluh)

YAAAAAHUUUUUUUUUUUUUU...inilah prisip perjuangan melayu..inilah jawapan pemimpin UMNO-BN MELAYU

wahai menteri..bapak menteri..cucu menteri..dan segala yang kenal menterilah..ini politik bukan politik melayu..ini soal keadilan dalam berpolitik..politik baru bukan setuju dengan dasar yang lama tetapi mansuhkan dasar tersebut..mesej yang ingin disampaikan ialah...WAHAI RAKYAT MALAYSIA..bukan melayu..bukan cina..bukan india..bukan bajau..bukan ketingan..!!!!TAPI RAKYAT MALAYSIA..yang ada MyKad yang lahir dan menjadi rakyat Malaysia!!!politik hari ini telah disalah guna oleh mereka yang bergelar PEMIMPIN UMNO!!!..

ini cerita tentang seorang menteri yang juga timbalan presiden parti yang mempertahankan Melayu!!!

hebat......seorang ahli kabinet..seorang sepupu dan juga seorang anak mantan perdana menteri malaysia.

bermula dengan menteri pelajaran.begitu hebat dasarnya..ingin melahirkan guru dan murid yang mampu bersaing diperingkat antarabangsa dalam mempertahankan kedaulatan melayu..jeng..jeng..jenG...keputusan peperiksaan merosot..timbul isu guru tidak mahu mengajar dikawasan pendalaman...orang melayu di pendalaman dan kampung2 tercicir pembelajarannya..isu kemiskinan semakin meninggi..MENTERI GAGAL!!!!

nasib baik si tidow terus tetertido..

sepupuku bangkit..bubar kabinet..

"SEKARANG AKU LAH SUPERMAN MALAYSIA BERGELAR TIMBALAN PRESIDEN JUGA MENTERI DALAM NEGERI"

kadar jenayah akan menurun 25% dalam tahun ini..itu janji saya..duit rakyat 100juta diperuntukkan untuk merekut tenaga baru dalam pasukan PDRM...kita akan bina balai-balai polis dikawasan penempatan yang dilabelkan kawasan hitam...

3bulan selepas itu...

lebih daripada 1052 bayi ditemui..yang dilapurkan dalam media 10 bayi sahaja sepanjang tahun..

MENTERI KATA..ini bukan bidang kuasa KDN..pihak polis hanya boleh menyiasat perkara tersebut..kementerian pendidikan harus main peranan untuk menangkis gejala ini..

PUNCAK KATA.. SIAPA MENTERI PELAJARAN SEBELUM INI!!!...

wahai menteri..sudah banyak bende yang berlaku sepanjang anda menjadi menteri..dah boleh bagi KJ ganti tempat awak..dia pun dah bosan sampai xtaw nak pakai baju ape..