Monday, March 15, 2010

Monday, March 8, 2010

Umno terus bertelagah sesama sendiri royalti minyak

alangkah indahnya kalau Malaysia hari ini dirumpunkan dengan cina,india dan melayu yang aman.Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita teguh semacam dengan satu perkataan yang tepat iaitu "Berpakat".

Berpakat membawa berkat sebab itulah hari ini Keadilan berpakat menubuh satu pakatan.
pakatan rakyat yang membawa berkat.

isu tuntutan 5 peratus royalti minyak yang sedang diusahakan oleh kerajaan Kelantan kini benar-benar telah meletakkan Umno dalam keadaan tidak sekata dan berbalah sama sendiri. Apakah pertelanggahan ini menunjukkan kebenaran berhubung tuntuntan itu berada di pihak PAS?

sikap tidak sekata ini terdedah secara nyata dan meluas ketika sidag DUN Kelatan isnin lalu. Usul yang dikemukakan untuk memberi mandat kpd MKK membawa kes itu ke mahkamah dan disokong oleh ADUN BN.

percanggahan atau sikap sorong tarik Umno mengenai isu bukan saja dalam Dewan tetapi di luar juga. Naib Presiden Umno,Hishamuddin Hussein terlah bercanggah pendapat dalam isu berkenaan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Hishammuddin melahirkan rasa kesal dengan tindakan Adun Umno itu yang menyokong usul supaya kes tuntuntan itu dibawa ke mahkamah. Katanya, Adun Umno tidak patut menyokong usul itu kerana kerajaan pusat sudah menetapkan royalti itu digantika dengan wang ehsan. Kemarahan Hishammuddin atas tindakan enam Adun itu terserlah apabila menyebut akan mengambil tindakan ke atas mereka.

Hishammuddin berkata "kita akan mengambil tindakan ke atas mereka dan akan minta pandangan dan akan minta pandangan ahl bawahan untuk selesai kedudukan mereka yang menimbulkan isu sensasi (royalti minyak),"demikian beliau dipetik.

Pandangan Hishammuddin itu bagaimana pun disanggah hina oleh KJ yang menyokong isu itu dibawa ke mahkamah. Kata KJ langkah membawa isu itu ke mahkamah adalah paling baik memandangkan ia menimbulkan keraguan dari segi tafsiran. Menurutnya pemuda faham isu ini dari A to Z yang mana mereka bersependapat dengan kerjaan pusat iaitu akta Pembangunan Petroleum 1974 hendaklah dibaca bersekali dengan Ordinal Darurat dalam mentafsir isu royalti minyak itu.

Puncak berfikir : apakah sikap dan pendirian Khairy ini menggambarkan sikap Pemuda Umno seluruhnya? Kalaulah ini jawapannya. Jelas bahawa Pemuda Umno tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi Umno termasuk salah seorang Naib Presidennya. Ibarat anak tidak mengaku ayah..inikah yang dikatakan 1Malaysia Pak Jib oit..nampaknya tiang Umno dah retak seribu dan menanti ranap berdebu.

Saturday, March 6, 2010

Kacau Bilau Saudara Umno

Pemuda dan Wanita MCA semalam menolak keputusan Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu yang mengarahkan mereka untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini seperti dijadualkan.

Keputusan itu dibuat kedua-dua sayap berkenaan dalam mesyuarat tergempar CC masing-masing lewat petang semalam, iaitu kira-kira sejam selepas mesyuarat CC pusat dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat memutuskan AGM ke-56 parti itu akan tetap diadakan hari ini (Pemuda dan Wanita) dan esok (badan induk).
Sebagai tanda protes terhadap keputusan itu, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun juga bertindak keluar daripada mesyuarat berkenaan.

Wee dan Chew kemudian memanggil mesyuarat tergempar CC Pemuda dan Wanita serta memutuskan AGM kedua-dua sayap ditangguhkan seperti diputuskan dalam mesyuarat exco masing-masing pada sebelah pagi.

Mesyuarat exco kedua-dua sayap itu memutuskan AGM yang dijadualkan hari ini ditangguhkan untuk memberi peluang peralihan bagi pemilihan semula anggota CC, berikutan peletakan jawatan 21 daripada 31 daripada mereka, kelmarin.

Kehancuran Komponen Parti BN-UMNO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengesahkan sudah menghantar surat letak jawatan sebagai Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA kepada Setiausaha Agung MCA, pagi ini. Beliau mengumumkan pendiriannya untuk meletakan jawatan sebagai Naib Presiden MCA itu di Majlis Riang Riang Tahun Baru Cina di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang, di sini, sebentar tadi. Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata, langkah berkenaan dibuat beliau sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. "Saya baru balik daripada bercuti tiga minggu dan tidak tahu menahu mengenai peletakan jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Chua Soi Lek bersama tujuh anggota CC lain. "

Datuk Seri Ng Yen Yen sedang bercuti ketika isu perletakkan jawatan dalam anggota parti komponen BN itu. Tindakan beliau itu menampakkan beliau "sangat professional mengemudi dan sangat menitik-beratkan hal dalaman parti." Keadaan ini menampakkan parti komponen BN itu sangat lemah dalam menyelesaikan hal dalaman parti. Ketika PM Najib sedang sibuk melancarkan kempen 1Malaysia sibuk juga ahli-ahli komponen beliau keluar daripada parti tersebut.

Friday, March 5, 2010

aset terkini












1Malaysia : kotak ini bagus!!!
Noh Omar : untuk nelayan sila penuhkan kotak ini dengan duit..cukup bulan tengok aset terbaharu aku


kaya memang kaya
!!!
Noh Omar dah untung jual tong ikan terus booking kereta baru