Thursday, May 13, 2010

The Prince : Machiavelli ikutan UMNO

Setiap pemain politik pimpinan UMNO dalam keadaan sedar atau tidak sedang mengamal faham politik Machiavelli.Kalau bahasa yang selalu diguna adalah hipokrit atau munafek.Tapi dalam perbincangan yang lebih mendalam , bab 18 The Prince mengupas dan mengesahkan bahwa ini merupakan satu teknik berpolitik yang sangat berkesan oleh UMNO dalam menipu orang Melayu.

Machiavelli mengatakan dalam perenggan 3 : Bab 18 bahwa "atas sebab itu maka tidak semestinya seorang pemimpin itu harus memiliki semua kualiti yang saya nyatakan satu persatu tadi tetapi sangat perlu untuk menampakkan bahwa (pemimpin itu) memiliki kualiti itu...........untuk kelihatan pemaaf , taat , berperikemanusiaan beragama dan untuk kelihatan begitu , tetapi dalam keadaan corak pemikiran yang apabila kamu diperlukan untuk tidak jadi begitu ( kualiti ) itu , anda mampu dan tahu bagaimana untuk bertukar menjadi sebaliknya "

Baik , ini contoh Pemain Politik UMNO menggunakan perenggan 3 Bab 18 Machiavelli :

1.Najib adalah Presiden UMNO yang akan mempertahankan Agama , Bangsa dan Negara. (kualiti yang cuba ditunjuk)

1.Najib adalah Presiden UMNO yang pertahan Agama dan juga memberi lesen Judi Piala Dunia kepada Taukeh Judi Vincent Tan.(realiti)



2.Najib adalah Pemimpin yang membawa imej 1 Malaysia untuk kesepaduan semua kaum.(kualiti yang cuba ditunjuk)

2.Najib juga adalah pencatur utama untuk kewujudan PERKASA Ibrahim Ali.(realiti)



3.Najib adalah Pemimpin UMNO yang Pro Dasar Membantu Melayu seperti DEB (kualiti yang cuba ditunjuk)

3.Najib adalah Pemimpin UMNO pertama yang MENGHENTIKAN DEB dan diganti dengan New Economic Model dan liberalisasi (realiti)



4.Najib adalah Pemimpin UMNO yang Pro Melayu dan membenci Yahudi Israel.(kualiti yang cuba ditunjuk)

4.Najib adalah Pemimpin UMNO pertama yang melantik Yahudi Israel sebagai penasehat komunikasi negara.(realiti)



Cukup dulu setakat ini.

No comments:

Post a Comment